Selasa, 26 Julai 2011

MINGGU BUSY!!

1:15 PTG Posted by Unknown No comments
assalamualaikum dan selamat 1 Malaysia. Lame aku tak bat post dalam blog ni, memang rindu tahap gaban r ni.hehehe... Kalau korang nak tahu, minggu nie n minggu yang kan datang memang hari yang paling busy buat aku. Nak tahu kenapa???? aku nie seorang pekerja yang dedikasi (perasan) so tak bolehlah nak ponteng selalu nanti hilang RM120 aku. Aku juga kena buat persiapan nak pergi kat universiti, nak kene isi borang, cop pegawai nak buat pengesahan, nak ambil sijil STPM dekat sekolah lagi dan macam-macam lagi la.. Kalau aku tak buat siapa lagi yang nak buatkan, nak suruh ma dan abah aku?? diorang pun ade komitmen juga. Medical cheak up pun aku tak buat lagi. Tapi date dah buat kat hospital, tapi malang yer terlalu ramai sangat orang yang nak buat medical chek up juga. Kerajaan katakan...So aku dah fikir-fikir nak buat kat swasta je lah. bia pun mahal, janji siap awal.hehehe (bajet kaya). Puasa pun dah nak dekat jadi makin busy lah aku nanti. Bab shoping?? erm... tunggu dekat nak raya baru nak beli. Mase tu banyak potongan yang dapat dan boleh save bajet sikit.hehe..apa pun Chaiyok Chaiyok!!!