Khamis, 8 Disember 2011

TANGGUNGJAWAB ANAK LELAKI KEPADA KELUARGA

1:13 PTG Posted by mohd zainudin 1 comment
Assalamualaikum w.b.t  Hari ini aku bukan nak berlagak alim atau perasan bagus tapi biarlah entry kali ini memberi peringatan dan motivasi kepda kita sebagai anak tidak kira lelaki atau perempuan. Apa yang saya nak tekankan dekat sini adalah kepada anak-anak yang berada diluar sana tentang tanggungjawab kita kepada orang yang telah membesarkan kita. Acap kali kita mendengar anak-anak zaman sekarang banyak mengabaikan ibu bapa apabila meningkat dewasa, dmalahan ada yang sanggup menghantar ibu bapa ke pusat kebajikan rumah orang tua. Alasannya sibuk dengan kerja,  selalu kena tegur yang bukan-bukan, rimas dan sebagainya. Tapi kalau dibandingkan dengan penat lelah diorang menjaga anak-anak  yang pelbagai kerenah sejak kecil sehinggalah menjadi seorang manusia yang berguna saya rasa tidak ternilai, cuba anda  fikir, kadang-kadang seorang ibu bapa terpaksa menjaga lebih sepuluh orang anak dan setiap orang masing-masing mempunyai kerenah yang tertentu.  Walaubagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.
Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi “Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab Nabi “Ayah kamu”
Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, “Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu.” Jawab Umar r.a., ” Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu.” Hadis di atas menjelaskan selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.  Jadi tak salah rasanya kita sebagai anak berkorban untuk menjaga mereka semasa masih hidup dan bernafas dimuka bumi ALLAH yang cukup indah ini. Malah boleh menjadi contoh kepada anak cucu yang akan datang. Pernahkah anda berfikir jika suatu hari nanti anak-anak anda berbuat demikian? fikir-fikirkanlah. Wassalam...