Jumaat, 18 Januari 2013

LISTEN! LISTEN! LISTEN!

11:48 PG Posted by Unknown No comments
LISTEN! LISTEN! LISTEN! topik yang hangatkan... Actually aku ketinggalan sikit tentang isu ini sebab tengah cuti semester. Apa yang nak aku cakapkan kat sini cuma pandangan aku je..

Apa yang dikatakan Bawani ada betul jugak untuk mempertahankan hak kita sebagai pelajar untuk belajar secara percumakan. kan kan kan.. tapi takdelah menyokong mana2 pihak

Yang aku nak marah sangat kat sini kenapalah Syarifah Zohra Jabeen tu duk tarik mic Bawani tu. Biarlah pelajar tu habiskan point yang dia nak cakap dulu. Lepas dengar pelajar tu cakap baru ko nak bercakap sampai berjam-jam pun tak per. Barulah namanya LISTEN! tapi yang ko tengah buat tu NO LISTEN!!

Dari pemerhatian aku lah, forum tu tak menepati tajuk kot, sebab tajuk nyer “Seiringkah Mahasiswa dan politik”. Tajuk itu sewajarnya ke arah membuka minda mahasiswa, memantapkan daya fikir mereka, menggalakkan pemikiran kritis khususnya dalam membicarakan isu-isu semasa. Golongan yang macam kamilah yang akan memimpin negara pada masa hadapan bukannya mematahkan hujan-hujah dan pandangan golongan ini. Walaupun hujan-hujan yang dibentang tu betul atau salah itu belakang kira, yang penting dengar dulu.

Sepatutnya Pn. Syarifah Zohra Jabeen tu perlu lebih sifat profesional. Beliau seharusnya memberi peluang untuk seseorang tu mengutrakan pandangan mereka. Kalau tidak salah saya, seorang daripada panelis mahu bersuara tetapi disekat, malah Sharifah dengan selamba berkata “No!” dengan tegas menampakkan beliau seorang pemimpin diktator yang tidak mampu menghormati orang lain. Kalau dah diktator macam tu macam mana nak ada penambah baikkan dalam setiap masalah. Kadang- kadang pandangan setiap individu atau organisasi dapat menegur setiap kelemahan yang ada, tak kiralah dari segi politik or setiap pekerjaan harian. So fikir-fikirkanlah...

Kami golongan muda tak bodoh!  




0 ulasan: