Jumaat, 18 Januari 2013

LISTEN! LISTEN! LISTEN!

11:48 PG Posted by Unknown No comments
LISTEN! LISTEN! LISTEN! topik yang hangatkan... Actually aku ketinggalan sikit tentang isu ini sebab tengah cuti semester. Apa yang nak aku cakapkan kat sini cuma pandangan aku je..

Apa yang dikatakan Bawani ada betul jugak untuk mempertahankan hak kita sebagai pelajar untuk belajar secara percumakan. kan kan kan.. tapi takdelah menyokong mana2 pihak

Yang aku nak marah sangat kat sini kenapalah Syarifah Zohra Jabeen tu duk tarik mic Bawani tu. Biarlah pelajar tu habiskan point yang dia nak cakap dulu. Lepas dengar pelajar tu cakap baru ko nak bercakap sampai berjam-jam pun tak per. Barulah namanya LISTEN! tapi yang ko tengah buat tu NO LISTEN!!

Dari pemerhatian aku lah, forum tu tak menepati tajuk kot, sebab tajuk nyer “Seiringkah Mahasiswa dan politik”. Tajuk itu sewajarnya ke arah membuka minda mahasiswa, memantapkan daya fikir mereka, menggalakkan pemikiran kritis khususnya dalam membicarakan isu-isu semasa. Golongan yang macam kamilah yang akan memimpin negara pada masa hadapan bukannya mematahkan hujan-hujah dan pandangan golongan ini. Walaupun hujan-hujan yang dibentang tu betul atau salah itu belakang kira, yang penting dengar dulu.

Sepatutnya Pn. Syarifah Zohra Jabeen tu perlu lebih sifat profesional. Beliau seharusnya memberi peluang untuk seseorang tu mengutrakan pandangan mereka. Kalau tidak salah saya, seorang daripada panelis mahu bersuara tetapi disekat, malah Sharifah dengan selamba berkata “No!” dengan tegas menampakkan beliau seorang pemimpin diktator yang tidak mampu menghormati orang lain. Kalau dah diktator macam tu macam mana nak ada penambah baikkan dalam setiap masalah. Kadang- kadang pandangan setiap individu atau organisasi dapat menegur setiap kelemahan yang ada, tak kiralah dari segi politik or setiap pekerjaan harian. So fikir-fikirkanlah...

Kami golongan muda tak bodoh!  




Sabtu, 12 Januari 2013

BALIK KAMPUNG!!!

1:23 PG Posted by Unknown No comments
Assalamualaikum....

Akhir nyer dapat jugak nak balik kampung esok. Hehehe.... Daripada duk bertapa dekat Kolej Jasmine Uitm boring tahap dewa tau tak. Paper exam dah habis lama tapi masih duk bertapa lagi kat sini kan.. Dah lah kena duk sengsorang kat rumah, bukan penakut tapi pemalu and segan ( yang mana dah tahu perangai aku tu tolong senyap ek).heheheh

Sepanjang aku duk kat kolej ni. Nasib ade member kasi tumpang tidur kat rumah dia, takde r aku segan-segan kat rumah sengsorang.hehehe.. Tu pun member nak merajuk dulu baru  nak datang (macam budak). Lupa lak nak kenal kan member aku tu. Tuan punyer badan sedap, berjawatan penting dalam kolej aku, permikiran luas, suara lantang yang amat sebab 10 km pun boleh dengar woooo. Nama nyer SHARIFUDDIN..

Thanks to him sebab memahami kelemahan aku yang tinggal sengsorang kalau kat rumah. Tapi aku bukan nak cerita pasal tu je tau. Dia punyer perangai nih sama macam aku skit. Nak tau apa??? Din jangan marah aku okey.hehehe

Nak tau apa???  SUSAH NAK MATIKAN ALARM JAM LOCENG. aku baru je tau nih sebab aku tidur lewat. Macam- macam lagu aku duk dengar dari hp dia, tapi tuan tak bangun- bangun pun. hahaha. Bila dah betul2 stop alarm baru aku dapat tidur. Huhuhu.... Eh cerita aku tak habis lagi. Sekarang turn aku plak, alarm hp aku yang bunyi si kawan aku din ni plak yang bangun dan aku biaselah still terbongkang atas katil. Hehehe dua-dua sama.

Din aku mintak maaf ek cerita pasal ko. Aritu ko nak sangatkan mention nama ko dalam blog aku. Nah amik ko. Hahaha... rooomate aku pun nak mintak maaf sebab pagi-pagi hp aku selalu memekak tapi tuan nyer tak bangun pun sampai ko selalu je bengang dengan aku.

OK SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!!!

Jumaat, 11 Januari 2013

GILA NAK MAKAN DURIAN CREPE!!!!

1:19 PG Posted by Unknown No comments


Assalamualaikum...

Siapa yang suka makan Durian Crepe??? angguk kepala anda sekarang. Hahaha. Meh sini aku nak cerite skit entry post kali ni, dalam group facebook aku tu asyik duk promosi tentang Durian Crepe je. Dahlah aku ni hantu durian duk post benda-benda tu kat dalam FB. Mana aku tak gileeeer!!!

Aku ingat nak lah tempah satu paket kat budak-budak fakulti tapi malang nyer aku tengah save budget der!! nak taknak kenalah sabor dulu. Almaklumlah tengah akhir sem ni, yang mana student- student macam aku nih sure sokong kan kan kan. Tiap- tiap minggu duk talifon mak ayah nak duit macam aku.

tot.. tot.. tot..

Abang: asslamualaikum ma..
Mak: Owh abang nak duit ek??? minggu lepas kan Abah dah bagi.. bla bla bla......

Tengok aku tak sempat cakap nak duit Mak dah pot pet pot pet pasal nak duitkan... ( tadah jelah telinga tu oi) Nak buat macam mana anak Ma sorang nih memang takde duit.huhuhu... Alamak dah menyimpang topik aku.

Okey! back to our story.... sebab tu lah aku tak boleh nak beli Durian Crepe. Mengidam macam orang mengandung lol.... So aku dah nekad balik nanti aku nak cuba buat Durian Crepe sendiri. Haip!!! jangan cakap lelaki tak tahu masuk dapur walaupun malas macam aku. HAhahaha.. Sekali masak sure MELETOP!!! (prasan je lebih). Adik nanti tolong abang kat dapur ek.

So kat bawah ni aku sediakan resepi-resepi nak buat Durian Crepe

Bahan-bahan ( 30 bantal )

  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.

    Bahan-bahan ( 30 bantal )

    • 250grm tepung gandum
    • 2 biji telur
    • 500ml santan
    • 1/2 sudu teh garam
    • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
    • Filling**
    • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
    • Isi Durian yg telah dilenyek.

    Cara-cara

  5. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  6. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  7. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  8. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.

Khamis, 10 Januari 2013

PENAKUT

2:45 PTG Posted by Unknown , , , , , 7 comments
Assamualaikum.....
Merdeka!!! sebab aku dah habis exam untuk sem 3 di UiTM dihatiku woahooo...... Apa kena mengena dengan tajuk aku tentang penakut ni?? meh aku nak cerita skit.hehehe.... Kalau dah akhir sem nih semua duk kalut nak beli tiket bus, kapal terbang a.k.a belon, feri( ade ker??? joke!!!). Tapi bagi aku terpaksa menunggu kedatangan Angah yang tersayang menjemput di kolej Jasmin pada 14/1/2013 sedangkan last paper aku 6/1/2013 !!!! cuba korang bayangkan berapa lama aku terpaksa tinggal kat kolej sini??? 8 HARI!!!!
           
 Tiga hari selepas final exam tu aku ok lagi sebab ade lagi member aku kat sini. Tapi, lepas tu sorang-sorang kawan aku chow balik kampung halaman masing-masing. Korang tak kseian dekat aku ke hah??? Dah nasib badan nak buat macam manakan.huhuhu.... So nak dijadikan cerita, tinggallah aku dengan member aku seorang nih. Nama dia Haris tapi aku menggedik duk panggil ABG HARRIS kadang-kadang (berlagak pasal Izzah pulak). Kawan aku nih selalu tidur awal sebab exam tak habis lagi dan tinggalah aku sengsorang dari tengah malam sampai subuh (susah nak tidur malam).

Bila waktu tengah malam hingga subuh aku perangai penakut aku tu datang. Macam-macam duk pikir sebab selalu tengok cerita hantu, so sedikit sebanyak mempengaruhi aku lah. Kekadang bunyi benda-benda yang kat sekeliling tu yang buat aku takut, padahal bukan apa-apa pun. 

Lantak koranglah nak cakap aku penakut ke apa dan siapa cakap LELAKI tak penakut. AKU??? aku bukan penakut, just segan dan pemalu je. HAHAHAHA!!! Anyways thanks yang sudi baca blog aku yang mengarut nih. Sekadar meluangkan waktu lapang sahaja. 

SUSAH JADI PEMIMPIN

1:16 PTG Posted by Unknown No comments
lame Mr.Dean tak update blog nih, dah nampak sunyi sepi tanpa mengunjung. Aku sibuk sesangat dengn aktiviti yang dijalankan oleh pihak pentadbiran UITM. Salah satunya ialah aktiviti Kemahiran Insaniah (KI) yang dijalankan untuk kami. Aktiviti ni banyak pengalaman yang aku dapat seperti menjadi pemimpin di dalam kumpulan. Dalam kumpulan ni aku telah dilantik mejoriti untuk menjadi pemimpin untuk mengetuai aktiviti di sini. Sebenarnya terpaksa sebab kos yang aku ambil ni hanya ade 4 orang LELAKI sahaje. Nak tak nak terpakselah juga walaupun aku TAK NAK!!! Tapi ok jugaklah bila aku jadi ketua untuk anak-anak buah aku (bukan nak bangge tau) sebab diorang sebulat suara nak lantik aku. ZUL sorry ek ko tak dapat undi langsung tadi hahahaha.... Nasib baik semua sporting dan memang terbaik untuk bekerjasama dengan aku. Walaupun ade banyak kekurangan tapi takpe sebab aku kan budak baru belajar hehehehe... Banyak jugalah feedback yang mengatakan aku sekepala dengan diorang dan faham dengan arahan. Syukur..... Kebanyakkan aku dengar mesti banyak orang tak puas hati dengan ketua atas sebab tertentu. Mula-mula aku ada jug terfikir tentang itu, tapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk member-member dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Nie kat bawah semua member aku