Jumaat, 11 Januari 2013

GILA NAK MAKAN DURIAN CREPE!!!!

1:19 PG Posted by Unknown No comments


Assalamualaikum...

Siapa yang suka makan Durian Crepe??? angguk kepala anda sekarang. Hahaha. Meh sini aku nak cerite skit entry post kali ni, dalam group facebook aku tu asyik duk promosi tentang Durian Crepe je. Dahlah aku ni hantu durian duk post benda-benda tu kat dalam FB. Mana aku tak gileeeer!!!

Aku ingat nak lah tempah satu paket kat budak-budak fakulti tapi malang nyer aku tengah save budget der!! nak taknak kenalah sabor dulu. Almaklumlah tengah akhir sem ni, yang mana student- student macam aku nih sure sokong kan kan kan. Tiap- tiap minggu duk talifon mak ayah nak duit macam aku.

tot.. tot.. tot..

Abang: asslamualaikum ma..
Mak: Owh abang nak duit ek??? minggu lepas kan Abah dah bagi.. bla bla bla......

Tengok aku tak sempat cakap nak duit Mak dah pot pet pot pet pasal nak duitkan... ( tadah jelah telinga tu oi) Nak buat macam mana anak Ma sorang nih memang takde duit.huhuhu... Alamak dah menyimpang topik aku.

Okey! back to our story.... sebab tu lah aku tak boleh nak beli Durian Crepe. Mengidam macam orang mengandung lol.... So aku dah nekad balik nanti aku nak cuba buat Durian Crepe sendiri. Haip!!! jangan cakap lelaki tak tahu masuk dapur walaupun malas macam aku. HAhahaha.. Sekali masak sure MELETOP!!! (prasan je lebih). Adik nanti tolong abang kat dapur ek.

So kat bawah ni aku sediakan resepi-resepi nak buat Durian Crepe

Bahan-bahan ( 30 bantal )

  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.

    Bahan-bahan ( 30 bantal )

    • 250grm tepung gandum
    • 2 biji telur
    • 500ml santan
    • 1/2 sudu teh garam
    • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
    • Filling**
    • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
    • Isi Durian yg telah dilenyek.

    Cara-cara

  5. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  6. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  7. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  8. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.

0 ulasan: