Ahad, 14 Ogos 2011

NAK TUNJUK TEROR DALAM MASAKAN!!!

1:00 PTG Posted by mohd zainudin No comments
assalamualaikum.. dah lame aku tak post karya tungang langgang  kat sini.. sempena hari cuti semalam, nak la jadi anak yang soleh jap. angin rajin aku tibe2 datang nak turun dapur nak tolong ma masak. sebelum nak masak aku cari sikit resepi-resepi kat dalam tenet, dalam banyak-banyak resepi tu ade satu menu yang buat aku kecur air liur eh. KAILAN IKAN MASIN..fuhh memang terangkat kalau dengarkan.. yang mane bahan yang takde aku pergi beli dekat pasaraya yang terdekat..semangat tahap gaban eh. sampai rumah je terus pergi dapur. aku tak bagi mak tolong sebab nak tunjuk teror laknon. nak tahu resipi sayur kailan???
  • sayur kailan-dipotong
  • 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
  • 1 sd(k) air dr botol ikan masin td
  • 1 bj bwg besar-dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • bwg putih-diketuk
  • 1 sd(b) sos tiram
  • 1 sd(b) sos ikan
  • sedikit air asam limau nipis
  • myk untuk menggoreng

Cara-cara

  1. panaskan myk.tumis ikan masin tenggiri td hingga naik bau
  2. kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia.masukan sos tiram.
  3. masukkan sayur dan tambah air dr botol ikan masin td,masukkan sos ikan kacau rata.
  4. masukkan sdkt air-2 sd(b).biarkan seketika.angkat
  5. dlm pinggan tabur sdkt lada sulam dan perah air asam limau td
cara macam tu lah aku buat..nak tahu kailan aku jadi macam mane??apa yang boleh katekan bukan yang TERBAEK!!! tapi HANCUR.wawa... nak nangis jew nie. mane tak nyer aku potong bahan- bahan HALUUUS je macam nak bagi pesakit makan je.huhu.. bau n rasa tetap same beb.. aku tak berani nak tunjuk gambar KAILAN IKAN MASIN. so korang imagine sendiri la... itu kire first time aku buat resipi baru. aku pun lelaki, so tak heranla masak pom hancur.haha.. tapi resipi yang aku bagi kat atas tu betul2 blake. aku je yang tak pandai dalam bab-bab memasak ni. wassalam...

0 ulasan: