Khamis, 18 Ogos 2011

KEBAJIKAN ANAK YATIM

1:01 PTG Posted by Unknown No comments
sudah hampir dua minggu kita berpuasa dan sedar tak sedar hari raya pun dah nak dekat kan.. ibu bapa pula duk sibuk membeli keperluan hari raya anak-anak, kuih raya, perhiasan rumah dan macam-macam lagi bagi menyambut syawal yang akan menjelma. Dalam suka-suka kita nak menyambut hari raya ade lagi insan-insan yang tidak bernasib baik. Korang nak tahu siape??? tentulah anak yatim dan fakir miskin kat luar sana. Mereka terpaksa melalui kehidupan dengan penuh kesukaran sebab ketiadaan ibu bapa untuk mencurah kasih sayang macam anak-anak yang lain, ada juga anak yatim ynag terpaksa hidup dalam kemiskinan dan ketinggalan dalam akedamik. Bagi kita, bangun je dari tidur mak dan ayah yang bagi segala keperluan untuk kitakan.. Macam mana aku boleh buat entry tentang anak yatim ek.. sebenarnya aku bersyukur sesangat sebab dapat melihat anak yatim mendapat tajaan dari pihak tertentu untuk membeli keperluan hari raya. aku rasa sebak bila tengok riak gembira di wajah anak-anak yatim memilih pakaian, kasut untuk menyambut hari raya yang akan menjelang tiba. Syukuralhamdulillah sebab ade juga insan yang perihatin terhadap anak-anak yatim ni, sekurang-kurang nyer mereka gembira untuk menyambut hari raya nanti. seronok sangat bila tengok mereka mencuba baju raya, saling tolong kawan-kawan memilih baju raya n macam lagi. Walaupun aku tak mampu tolong meraka untuk menaja mereka tapi sedekah dan zakat pun sudah memadai. Menunaikan zakat pun sudah membantu banyak golongan tau. contohnya anak yatim tadi, f akir miskin, mualaf dan banyak lagi. Nasihat aku bagi yang berkemampuan tunailah zakat kerana ia adalah tuntutan agama kan..wassalam.

0 ulasan: