Selasa, 15 November 2011

PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN

1:07 PTG Posted by mohd zainudin No comments
assalamualaikum.. aku tak tahu ape yang nak tulis kat sini sebab aku tengah buntu dengan idea. Mungkin banyak  perkara yang menimpa aku dalam minggu ini. Sudah lumrah alam yang tuhan jadikan kita sebagai manusia ditimpa dengan masaalah, tidak kiralah dengan masalah beban kewangan, tekanan tempat kerja dan sebagainya. Aku salah seorang yang menimpa masalah juga. Aku terasa macam berat sangat sampai memudharatkan kesihatan dalam beberaa hari ini. Aku terlampau memikirkan masalah hingga menyebabkan aku pening dan nak muntah muntah. Alhamdulillah setakat ini aku sudah mampu mengawal masalah aku sedikit demi sedikit dan mampu menerima kenyataan kelemhan aku sendiri. Kawan-kawan yang banyak memberi sokongan dan nasihat. Kepada sepupuku Fatimah Mohd Zahid, terima kasih sebab tak putus putus bagi harapan dan dorongan sejak masuk UITM lagi Segala masalah yang Allah bagi kepada hambaNya adalah untuk menguji dan Allah takkan campakkan masalah tersebut jika hamba tersebut tidak mampu. Mungkin Allah hendak memberi peringatan dan ujian kepada kita supaya tidak lalai kepadaNya. Dekat sini aku in kongsi ayat atau doa supaya Allah mempermudahkan segala urusan kita ' ROBBI YASSIR WALA TU'ASSIR YA KARIM'. 

0 ulasan: