lame Mr.Dean tak update blog nih, dah nampak sunyi sepi tanpa mengunjung. Aku sibuk sesangat dengn aktiviti yang dijalankan oleh pihak pentadbiran UITM. Salah satunya ialah aktiviti Kemahiran Insaniah (KI) yang dijalankan untuk kami.
Aktiviti ni banyak pengalaman yang aku dapat seperti menjadi pemimpin di dalam kumpulan. Dalam kumpulan ni aku telah dilantik mejoriti untuk menjadi pemimpin untuk mengetuai aktiviti di sini. Sebenarnya terpaksa sebab kos yang aku ambil ni hanya ade 4 orang LELAKI sahaje. Nak tak nak terpakselah juga walaupun aku TAK NAK!!!
Tapi ok jugaklah bila aku jadi ketua untuk anak-anak buah aku (bukan nak bangge tau) sebab diorang sebulat suara nak lantik aku. ZUL sorry ek ko tak dapat undi langsung tadi hahahaha.... Nasib baik semua sporting dan memang terbaik untuk bekerjasama dengan aku.
Walaupun ade banyak kekurangan tapi takpe sebab aku kan budak baru belajar hehehehe... Banyak jugalah feedback yang mengatakan aku sekepala dengan diorang dan faham dengan arahan. Syukur.....
Kebanyakkan aku dengar mesti banyak orang tak puas hati dengan ketua atas sebab tertentu. Mula-mula aku ada jug terfikir tentang itu, tapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk member-member dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Nie kat bawah semua member aku
Khamis, 10 Januari 2013
Jumaat, 23 Mac 2012
AKU BENCI BILA WAKTU PETANG!!!
Wah… statement aku macam benci sesangat je bila waktu petangkan. Sebenarnya bukan benci sangat pon tapi bila dah tiba waktu petang ni aku tak tahu nak buat apa. SANGAT BORING!!!! Tiada aktiviti yang nak dibuat selain daripada tidur kat dalam bilik.
Aku bukan rajin sangat nak keluar rumah sebab malas nak turun naik tangga jeh!!! (rumah tingkat 4 je). Kalau sem lepas rajin juga aku pergi joging pusing-pusing tasik dekat area sini. Tapi bila naik sem baru aku dah nak minyak, malas dan sewaktu dengan nyer…
So apa akan aku buat petang-petang macam nih??? LAWAK KAMPUS!!! Yes memang aku akan layan komik Lawak Kampus bila dah waktu petang. Memang terbaiklah watak yang dicipta oleh kartunis ni. Vanness, Froggy, Aditas, Si kosong, Bepop dan lain-lain. Dengan adanya watak ini membuatkan aku gelas sengsorang atas katil sampai tertidur.hahahaha…
Kengkadang bukan komik je aku layan. Samsung Galaksi Tab tersayang aku banyak berada disamping aku. Apa aku buat??? Layan game lah der.. Aku dah start boring menaip skunk so harap korang tak boring macam aku bila waktu petang yup. Bye!!!
Khamis, 8 Disember 2011
TANGGUNGJAWAB ANAK LELAKI KEPADA KELUARGA
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini aku bukan nak berlagak alim atau perasan bagus tapi biarlah entry kali ini memberi peringatan dan motivasi kepda kita sebagai anak tidak kira lelaki atau perempuan. Apa yang saya nak tekankan dekat sini adalah kepada anak-anak yang berada diluar sana tentang tanggungjawab kita kepada orang yang telah membesarkan kita.
Acap kali kita mendengar anak-anak zaman sekarang banyak mengabaikan ibu bapa apabila meningkat dewasa,
dmalahan ada yang sanggup menghantar ibu bapa ke pusat kebajikan rumah orang tua. Alasannya sibuk dengan kerja,
selalu kena tegur yang bukan-bukan, rimas dan sebagainya. Tapi kalau dibandingkan dengan penat lelah diorang menjaga anak-anak
yang pelbagai kerenah sejak kecil sehinggalah menjadi seorang manusia yang berguna saya rasa tidak ternilai, cuba anda
fikir, kadang-kadang seorang ibu bapa terpaksa menjaga lebih sepuluh orang anak dan setiap orang masing-masing
mempunyai kerenah yang tertentu.
Walaubagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.
Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, “Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu.” Jawab Umar r.a., ” Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu.”
Hadis di atas menjelaskan selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.
Jadi tak salah rasanya kita sebagai anak berkorban untuk menjaga mereka semasa masih hidup dan bernafas dimuka bumi ALLAH yang cukup indah ini. Malah boleh menjadi contoh kepada anak cucu yang akan datang. Pernahkah anda berfikir jika suatu hari nanti anak-anak anda berbuat demikian? fikir-fikirkanlah. Wassalam...
Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi “Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab Nabi “Ayah kamu”
Rabu, 16 November 2011
SEMOGA SELAMAT
Wah sedih nyer bila tak dapat bersama-sama Achik yang akan menjalani pembedahan pada 19/11/2011(sabtu) nanti.. Achik akan membuang besi pada tulang peha akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu. Aku tak dapat nak join sebab aku ade jauh dengan diorang dan nak save budget. ape pun aku sebagai abang tetap mendoakan kejayaan dalam pembedahan tersebut dan aku harap Angah akan mengambil berat tentang adik-adik. Jangan terlalu menyusahkan Abah dan Ma. Kita dah dewasa dan mampu untuk memikul sebahagian tanggungjawab dalam keluarga. Wassalam...
Selasa, 15 November 2011
PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN
assalamualaikum.. aku tak tahu ape yang nak tulis kat sini sebab aku tengah buntu dengan idea. Mungkin banyak perkara yang menimpa aku dalam minggu ini. Sudah lumrah alam yang tuhan jadikan kita sebagai manusia ditimpa dengan masaalah, tidak kiralah dengan masalah beban kewangan, tekanan tempat kerja dan sebagainya. Aku salah seorang yang menimpa masalah juga. Aku terasa macam berat sangat sampai memudharatkan kesihatan dalam beberaa hari ini. Aku terlampau memikirkan masalah hingga menyebabkan aku pening dan nak muntah muntah.
Alhamdulillah setakat ini aku sudah mampu mengawal masalah aku sedikit demi sedikit dan mampu menerima kenyataan kelemhan aku sendiri. Kawan-kawan yang banyak memberi sokongan dan nasihat. Kepada sepupuku Fatimah Mohd Zahid, terima kasih sebab tak putus putus bagi harapan dan dorongan sejak masuk UITM lagi
Segala masalah yang Allah bagi kepada hambaNya adalah untuk menguji dan Allah takkan campakkan masalah tersebut jika hamba tersebut tidak mampu. Mungkin Allah hendak memberi peringatan dan ujian kepada kita supaya tidak lalai kepadaNya. Dekat sini aku in kongsi ayat atau doa supaya Allah mempermudahkan segala urusan kita ' ROBBI YASSIR WALA TU'ASSIR YA KARIM'.
Sabtu, 12 November 2011
AKU NAK BALIK KAMPUNG
Assalamualaikum dan salam sejahtera..lame aku tinggalkan dunia blogging sejak aku masuk Uitm. Aku mintak maaflah sebab komitmen pada assignment dan test lebih penting untuk mase depan ( iyelah sangat). Dari aku mula masuk Uitm sampai sekarang macam sekejap je mase berlalu dan sekarang aku menunggu hari untuk pulang ke Terengganu beraya dekat sane. Kalau korang nak tau… aku tiap-tiap hari duk belek tiket bus untuk balik kampong. Aku rindu sangat family dan tiap-tiap hari telifon family. Korang jangan ingat orang perempuan je yang selalu telefon family, lelaki pom ade jugak ek (aku la tu).
Sebelum aku balik kampung, banyak sangat tugas yang aku kene buat cam submit assignment lah, kene amik test lagi sampai berbulu mate aku duk ngadap buku yang tebal-tebal semua nyer.. tapi nak buat macam mane.. SABOR JE LAH. Dalam minggu aku nak balik kampung nie a juga banyak sangat masalah yang melanda diriku.. ko nak tahu ape??
1. Aku punye assiment banyak kene edit semula
2. Time tu jugak aku memang ngan member.
3. Aku terperdaya dengan seseorang
4. Aku banyak test yang nak kene ambil
5. Duit aku banyak sangat melencong dekat lain
Walaupun ade dugaan dalam minggu aku nak balik kampung, setakat ini aku dah banyak sangatdapat pengajaran ape yang telah dilalui. Apa pun dugaan yang dating dalam hidup jangan mudah putus asa. Yang paling penting sini ialah cuba untuk pandang ke hadapan, jadikan perkara yang lepas sebagai pengajaran untuk masa yang akan dating.
Sebelum aku blah dari blog ni….aku nak ucap selamat hari raya qurban kepada kengkawan da bagi non muslim selamat bercuti. Bye!!
Jumaat, 14 Oktober 2011
STORY MORY
assalamualaikum... lame aku tak update aku punye blog. dua hari lepas rasenye dah update kot.heehehe.... ape pom aku nak ucapkan teima kasih yang mane sudi datang terjah blog aku yang tak brape kreatif sangat dan jangan lupa follow blog ni yup.. sekarang nie aku bussy sikit ngan kuliah, nak wat assigment yang tak gerak gerak lagi. Member aku pom dah start bebel kat aku suruh cari bahan ape sume.. Huhuhu penat nyer wase. Dalam mase yang same aku duk kalut tentang sistem pendaftaran kos yang tak berapa nak elok kat sini.. semua subjek yang aku nak daftar semua penuh dan padat-padat macam milo fudge.hehehe.... disebabkan sistem di universiti aku tibe tibe low menyebabkan aku macam orang perlarian semasa nak masuk dalam kelas dan terpakse aku tumpang kelas yang lain.Aku nak marah pun tak boleh juga kerana pihak pengurusan sudah sedaya upaya untuk membaikpulih sistem tersebut.. Pagi tadi kawan aku terbangun lewat untuk ke kuliah. punye kelam kabut kawan aku sampai tak mandi semasa nak pergi kuliah. aku pun tak perasan dia gosok gigi ke tak.hahaha jahat aku nie. sorry ek kawan aku. Tapi yang pelik nyer kawan aku nie same kelas ngan aku. kenapa aku tak kelam kabut dan boleh siap sambung tidur lagi selama sejam??? korang nak tahu ape yang terjadi selepas itu?? kawan aku masuk bilik balik sebab lecturer takde.hahaha memang nasib aku la sebab tak payah nak tuang kelas lame-lame... aku pun sambung main internet dan ulang kaji sikit-sikit untuk kuliah sebelah petang. Paling yang aku tak sangka ialah Encik Ridzuan selaku pensyarah aku dapt mengigat nama-nama aku semasa buat kuiz tadi..kembang hidung setaman tau. Dapat jugak point untuk aku di situ.hehehe

